Monday, February 20, 2012

permulaan sem !

Bismillahirahmannirahimm... bermulalah esok sem 2 bagi tahun 3 sebagai budak mekanikal di USM :) . Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba ini untuk menghadapi hari yg lebih mencabar.

Wednesday, February 8, 2012

Kucing

Assalamualaikum.... dlm beberapa hari lagi cuti berbaki, dirumah ini dipenuhi dengan satu lagi makhluk Allah iaitu kucing yg di bela oleh adik aku, kucing ni mngkin berbeza dengan kucing lain sbb dia suka tidur ja =,= tetapi dia tidak kacau org lain dan semua org amat menyenangi dia.Nampak agak comel jgkla sbb dia berwarna kelabu.Baru2 ini dia telah dibedah selepas mengalami keguguran di dlm perut ( xda rezeki nk buat mcm mna), nasib baik berjaya mengambil tindakan awal hantar ke klinik haiwan kalau tak dia mungkin mati disebabkan bakteria dlm perut.Dia jugak selalu buat muka troll kalau meminta sesuatu dan perkara pelik berlaku ...hehehe





Nama dia mimi kowt errr...

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul




Assalamualaikum ... masih aku ingat kata2 Tuan Guru Haron Din ,tiada nama manusia yg disebut paling banyak setiap hari didunia melainkan dia ,tiada nama manusia yg lama disebut dari dahulu hingga sekarang melainkan dia, apa yg dicakap & dibuat akan ditulis,dihafal & dipratikkan oleh setiap umatnya , dialah Muhammad SAW ,hadiah dari Allah kpd umat manusia. Jika tiada insan bernama Muhammad ini, tiadalah nikmat islam yg sampai kepada umat manusia dari Allah.

Semoga kita berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dalam segala aspek dalam kehidupan. :)

Friday, February 3, 2012

B & W

Assalamualaikum... dalam menghabiskan sisa-sisa cuti dirumah ini, mengedit gambar menjadi pilihan untuk mengisi masa yg terluang yg mngkin membuat kita terleka panjang. Black & white menjadi pilihan dalam gambar kali ini kerana mndapat feeling yg mendalam dlm gambar tersebut, sambil kata yg bermain didalm fikiran diterjemah di dalam gambar dan memberi kesan kpd sesiapa yg menhayatinya dan memandangnya,Insyallah.