PERJALANAN.
Tunjukkan kami jalan menuju ke syurgaMu
Tuesday, March 13, 2012
Masih belajar untuk hidup
Assalamualaikum , Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini , hari ini mngkin hari bermakna bg bdk JPA sbb duit sudah masuk . Syukur kpdNya kerana masih memberi nikmat kpd hambaNya ini. Semoga Allah memberkati dan meredhai hidup ini untuk berbakti kpd agamaNya.
Monday, February 20, 2012
permulaan sem !
Bismillahirahmannirahimm... bermulalah esok sem 2 bagi tahun 3 sebagai budak mekanikal di USM :) . Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba ini untuk menghadapi hari yg lebih mencabar.
Wednesday, February 8, 2012
Kucing
Assalamualaikum.... dlm beberapa hari lagi cuti berbaki, dirumah ini dipenuhi dengan satu lagi makhluk Allah iaitu kucing yg di bela oleh adik aku, kucing ni mngkin berbeza dengan kucing lain sbb dia suka tidur ja =,= tetapi dia tidak kacau org lain dan semua org amat menyenangi dia.Nampak agak comel jgkla sbb dia berwarna kelabu.Baru2 ini dia telah dibedah selepas mengalami keguguran di dlm perut ( xda rezeki nk buat mcm mna), nasib baik berjaya mengambil tindakan awal hantar ke klinik haiwan kalau tak dia mungkin mati disebabkan bakteria dlm perut.Dia jugak selalu buat muka troll kalau meminta sesuatu dan perkara pelik berlaku ...hehehe

Nama dia mimi kowt errr...
Nama dia mimi kowt errr...
Saturday, February 4, 2012
Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum ... masih aku ingat kata2 Tuan Guru Haron Din ,tiada nama manusia yg disebut paling banyak setiap hari didunia melainkan dia ,tiada nama manusia yg lama disebut dari dahulu hingga sekarang melainkan dia, apa yg dicakap & dibuat akan ditulis,dihafal & dipratikkan oleh setiap umatnya , dialah Muhammad SAW ,hadiah dari Allah kpd umat manusia. Jika tiada insan bernama Muhammad ini, tiadalah nikmat islam yg sampai kepada umat manusia dari Allah.
Semoga kita berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dalam segala aspek dalam kehidupan. :)
Friday, February 3, 2012
B & W
Assalamualaikum... dalam menghabiskan sisa-sisa cuti dirumah ini, mengedit gambar menjadi pilihan untuk mengisi masa yg terluang yg mngkin membuat kita terleka panjang. Black & white menjadi pilihan dalam gambar kali ini kerana mndapat feeling yg mendalam dlm gambar tersebut, sambil kata yg bermain didalm fikiran diterjemah di dalam gambar dan memberi kesan kpd sesiapa yg menhayatinya dan memandangnya,Insyallah.

Sunday, January 29, 2012
Cuti yg manfaat. :D
Assalamualaikum , sekarang sudah cuti sem 1 . Mungkin banyak aktivit yg bermain di fikiran ini, tetapi berharap dapat mengunakan cuti ini dengan penuh manfaat terutama untuk bekalan dalam diri ini bagi menempuhi liku-liku hidup yg penuh duri ini.Segala kerja yg ada harap dapat dilaksanakan dalam cuti ini disamping dapat menghadiri kuliah ilmu disekitar perlis ini.Selain itu , bermain bola dan futsal antara aktiviti sampingan yg diisi pd cuti ini.
Mungkin sering berfikir tentang pemikiran manusia yg merasa agama ini asing dari kehidupan di dunia ini, kerana ada sahabat yg panggil ustaz kepada diri ini dan bertanya adakah belajar dalam pengajian agama, sedangkan kita belajar dalam bidang engineering :).Hal ini mungkin mereka anggap agama ini tidak masuk atau ngam dengan dunia yg serba maju ini.Jika minat photography gunakn untuk berdakwah , jika minat bermuzik boleh digunakan untuk memuji yg Maha Esa , jika minat bersukan boleh digunakan untuk menyihatkan tubuh badan untuk beribdat kepadaNya , jika minat bermain game boleh digunakan untuk release tension setelah penat berkerja ,jika minat bermain moto boleh digunakn untuk konvoi ke majlis ilmu . Sungguh rugilah kalau setiap perkara yg kita lakukan tidak niat kepadaNya sebagai ibadah dan ia akan menjadi sia-sia.
Semoga setiap perkara yg kita lakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain dan mencari bekalan secukupnya untuk kejayaan di sana . Marilah menjadi Muslim yg sebenarnya muslim yg bukan hanya ada pada nama tapi tidak pada perbuatanya.

Friday, January 13, 2012
hanya Allah dan Rasul mengetahui.
Assalamualaikum , Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara yg segar ini didunia yg sementara ini, pd pagi ini hendak berkongsi pengajaran hadis ke-2 daripada 40 hadis Imam Nawawi yg disampaikn oleh Ustaz Syukri pd kuliah subuh pagi td.
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).
Pengajaran hadis:
- Tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.
- lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
- llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.
- Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.(INI PENTING)
Semoga kita menjadi sebenar-benar hamba kepadaNya , setakat ini saja , nk mula study untuk exam ;).Assalamualaikum

Subscribe to:
Posts (Atom)