Thursday, June 28, 2012
Menyakiti hati sendiri.
Sejak kebelakangan ini , hidup dlm sedar sebagai hambaNya merupakan nikmat yg terindah dlm dunia ini. Bermacam kerenah & perangai manusia yg dihadapi untuk sebagai pengalaman dlm hidup ini . Aku cuba menyakiti hati aku sendiri sebelum di sakiti kerana itu adalah jln terbaik untuk aku menghadapi cabaran dari Ilahi . Apa yg dimaksudkan meyakiti hati sendiri itu bukanlah membuat perkara yg tidak elok tetapi maksudnya dlm perkataan yg mudah difahami adalah MUHASABAH DIRI . Segala perkara berlaku atau tidak pernah berlaku sama ada baik atau tidak aku cuba selami dan memahaminya , kerana itu lah hakikat yg akan dihadapi sebagai hambaNya yg lemah . Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup ku ini , I Love You Allah . :)
Tuesday, June 26, 2012
Ber LI.
Assalam , hari ini merupakan hari kedua LI di JKR , semoga dipermudahkan urusan. Setakat ini memeng relax dan goyang kaki kerana bos tidak ada lagi ,outstation . Dlm kesenangan ini , aku berharap dpt meningkatkan lagi latihan islami aku (kata LI) , untuk minggu ini aku ingin settle tentang bacaan dlm solat dan fahami maksud yg dibaca dlm solat, dimana jika kita fikir sepanjang kita solat selepas baligh adakah solat itu menjadi terapi atau ubat kpd hati kita ini dan penghubung antara kita dngn Allah ? sedangkan kita ini manusia yg akan menghadapi kesusahan dan kesulitan dlm kehidupan ini . Semoga diri ini dan yg membaca dpt kita ubah dan tingkatkan diri kita ini untuk meraih redha Allah. :)
Thursday, June 21, 2012
Last but not least
Alhamdulillah , tamat sudah final exam pada hari ini . Semoga perkara ini menjadi salah satu ibadat kpd Allah s.b.t . Tidak sabar untuk balik rumah dan berLI di perlis . LI kali adalah Latihan Islami dan buat di JKR ( Jabatan Kuliah Rakyat ), semoga cuti sem kali ini lebih bermanfaat untuk menjadi hamba yg lebih bertakwa , pemuda yg berilmu dan pemimpin keluarga yg bertangungjawab (:D) . Semoga diri ini dpt mementingkan perkara yg lebih penting dari perkara yg tidak penting . Selamat bercuti ~
Friday, June 15, 2012
Tanggungjawab yg berterusan
Jika dilihat org yg dahulunya tidak sembhyang apabila mendapat hidayah dan ilmu dlm diri telah berubah menjadi org yg sembahyg di awal waktu dan secara berjemaah , tetapi bagaimana pula kpd orang yg yg sudah "complete" dari segi ibadat solatnya ? untuk org ini ia perlu diterjemahkan dlm bentuk amalnya seperti menerima sebarang taklifan dan tangungjawab untuk memastikan diri org yg tidak sembhyang (situasi pertama) berubah menjadi org kedua (situasi kedua) , hal ini akan berterusan sehingga diri ini bersatu dengan bumi . semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan hamba ini .
Thursday, June 14, 2012
Membentang luas pemikiran.
Wednesday, June 13, 2012
Perasaan & jiwa
Saturday, June 9, 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)