Bermacam perkara yg berlaku ada mcm ini ada mcm itu , tetapi apa yg hendak ditekankan ialah soal bagaimana hendak memilih pemimpin dan bagaimana pemimpin tersebut , bg pandangan ku mahasiswa usm kejuruteraan kebanyakan masih belum matang dlm perkara ini termasuk dlm diri ini yg masih belajar hendak mnjadi mahasiswa yang sebenar , sebagai org muslim , segala aspek kehidupan perlu berlandaskan islam bukan hanya sembahyang sahaja ( Ya Allah ampunlah dosaku ) , dlm perjalanan kehidupan , belajar , bersukan , berhibur , memilih pemimpin , melaksanakan aktiviti dan seluruhnya . Ingat jika mnghadap Allah kelak bkn Allah akan tanya kamu ini melayu ka cina , kamu ni mng ka kalah bertanding atau apa yg kamu buat untuk malaysia ? tetapi semua yg ditanya akan berkaitan dengan islam , jika tiada apa satu pun kamu buat kerana islam maka sia-sia lah kehidupan kamu yg kamu sibukan itu.
Ingat ingin memilih pemimpin bkn kerana dia kwn kita , bukan kerana dia senior kita tetapi carilah pemimpin yg mna boleh memimpin kita dan bersama - sama membawa kita mencapai redha Allah tidak kiralah kebajikan ka , keselamatan ka kelestarian ka yg penting semua itu sudah ada dlm islam dan jngn asingkan .
Dan ingat jngan lah kita abaikan dakwah kita sebagai hamba Allah jika dlm masyrakat kita ada pelbagai kaum , bagi pemimpin yg bagus untuk pelajar non muslin , dia ada tangungjawab kpd mereka dan untuk peljar muslim dia ada tangungjawab mereka lebih2 lagi pemimpin itu muslim , itu adalah pemimpin yg sebenar , tidak mengasingkan kepimpinan dan hidupnya dngn islam .
tahniah dan syabas yg telah dipilih menjadi pemimpin , ingatlah apa yg kamu lakukan untuk masyarakat kampus akan ditanya kelak setelah kamu dipilih dan untuk yg mengundi ingat ia jugak ditanya , mengapa kamu memilih si pulan dan si pulan ? apa kebaikan nya untuk islam ?
Akhir sekali saya ingin mnyampaikan hasrat hati di mna sedih kerana masih belum dpt membawa dan membimbing bersama masyarakat kampus untuk kita menuju jln yg diredhai Ilahi , semoga Allah ampunkan dosa ku yg lalu dan kuatkan semangatku untuk melawan segala hasutan syaitan yg dtg dlm pelbagai perkara yg mencabar , janganlah Kau tutup pintu hatiku ini setelah Engkau tunjukkan jalan kpd ku , Ya Allah aku lah hambaMu yg lemah , masih jauh PERJALANAN hidup ini .
No comments:
Post a Comment