Sunday, July 22, 2012

Pagi Ahad (22/7/12)






















Ramadhan Kareem



Assalamualaikum , hari ini telah hari kedua berpuasa dalam bulan ramadhan , tapi di sebalik kegembiraan menyambut Ramadhan kali ini , hati ini ada sedikit sedih terkilan di saat kita melihat kemajuan negara yg di canang TV & berita dlm ekonomi , teknologi dan segala bagai tetapi hakikat yg diri ini melalui masyarakat remaja kini kian hancur tanpa ada sebarang pencegahan daripada kehancuran ini berlaku. Perkara ini bukan rekaan semata-mata tapi sepanjang melalui kehidupan yg jauh dari kehidupan yg asal yg selalu bersama orang yg cerdik pandai tetapi kali ini bersama orang yg cerdik pandai nya yg tidak di pandu , antara contohnya seorang hamba ini menceritakan bagaiman dia mendapat sesuatu yg mebuat nafsu seronok dengan mudah tanpa ada sebarang msalah dan ada cerita mengenai remaja yg begitu begini dlm usia yg muda dan banyak lagi , sukar untuk di ceritakan tetapi ini lah hakikat remaja sekarang , ini baru cerita di perlis belum seluruh malaysia , Nau'zubillah . Disaat pemimpin negara begitu bangga kejayaan negara tetapi lupa kepada generasi yg bakal memimpin negara kerana  tidak diberi didikan yg sebenar.

Kesimpulannya , selagi islam tidak diangkat tinggi dalam kehidupan perkara ini tidak akan selesai , dan perkara ini jugak terpalik kpd diri ini juga yg merasa tanggunjawab itu juga terletak di bahu ini , jika tidak Allah tidak mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini seperti dlm 
surat Al-Baqarah ayat 30: “ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ‘Mereka berakat: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu, orang-orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kemi senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? ‘Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Hati ini kembali berfikir jika belajar pandai tinggi mana jika kesedaran islam ini tidak ada maka kosong lah hati ini , mati lah hati ini seperti mayat hidup ada di muka bumi ini . Jadi persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menjadi khalifah diatas muka bumi ini ? sedangkan solatnya masih berterabur , pemikiran masih belum matang ,majlis ilmu dianggap beban , diri ingin berseronok melayan nafsu dan takut kepada masalah dan kesusahan . Jika perkara ini masih ada , kita ini masih lagi belum bersedia malahan seperti orang yg berjanggut tetapi belum lagi baligh , Semoga diri ini dapat mempertingkatkan lagi amalan ibadah   kepada Allah dan  menjadi hambaNya yg sebenarnya . Semoga diri ini berada dalam keredhaaNya.Berharap Ramadhan kali ini banyak target list dpt dicapai dan menjadi lebih baik dari sebelum ini , amin .

Monday, July 16, 2012

Kegagalan salah satu kehidupan



Assalamualaikum , sudah minggu ke 4 ber LI , masih berbaki 6 minggu lagi sebelum pulang ke kampus . Sebut pasal kegagalan mesti berkait dengan pra result yg bakal pd esok hari ( dah tau dah ). Berjaya atau gagal semua itu berserah kpd Allah setelah berusaha dengan kemampuan dari diri yg lemah ini . Jika berjaya adakah kejayaan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya dan jika gagal adakah kegagalan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya , itu persoalan yg perlu kita fikir bersama . Sebagai manusia semestinya kejayaan adalah harapan yg mesti di inginkan  oleh setiap org dan kegagalan sesuatu yg dibenci oleh setiap org , adakah kejayaan akan sentiasa dtg ? dan adakah kegagalan tidak pernah dtg ?  teringat pd cerita novel VT mengenai ujian pd surah Al -Ankabut ayat 2 -3

,, 29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?

29-3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.

Sesungguhnya hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini memerlukan ujian atau kegagalan untuk peringatan kpd diri dan semangat untuk kembali menjadi lebih baik untuk menghadapi kehidupan seterusnya sehingga akhir hayat , kegagalan bukan titik terakhir dlm kehidupan tetapi adalah permulaan yg baru untuk menjadi lebih baik terutamanya sebagai hamba Allah di atas dunia yg sementara ini , semoga Allah meredhai kehidupan hamba yg lemah ini.

Tuesday, July 10, 2012

Mencari ilmu sebelum memberi ilmu .



Assalamualaikum ,  sudah minggu 3 LI di JKR tinggal 7 minggu lagi . Masa yg berlalu amat pantas sehingga kadang2 terasa di biarkan sia2 begitu sahaja . Merenung kembali diri ini yg mana akan menjadi orang lebih bertangungjawab , tetapi ilmu di dalam diri ini tidak langsung bertambah . Dengan semangat dan itizam untuk menjadi lebih baik , semoga sepanjang cuti berLI ini dapat mencari ilmu dan sedikit suntikan untuk menjadi lebih berilmu dan matang dalm menghadapi kehidupan ini .Hal ini kerana , diri inilah yg akan menjadi seorang anak , menjadi seorang abang , menjadi seorang adik , menjadi seorang yg berkerja diberi tangungjawab , menjadi seorang suami dan menjadi seorang bapa dan menjadi seorang pemimpin. Persoalanya adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi semua itu ? kerana jika tidak mahu kita akn menghadapi perkara itu. :)

Thursday, July 5, 2012

Terlepas membuat kebaikan adalah satu kerugian




Assalamualaikum , hari ini LI seperti biasa di Jabatan mekanikal ,JKR perlis. Dlm sibuk menguruskan hal sendiri , sahabat LI sekali Amry ajak pergi minum di kantin berhampiran . Sewaktu mengambil minuman yg telah dibuat mata ku terpadang susuk tubuh seorang wanita yg dtg menempah minuman sebelah aku , aku melihat tangannya yg sudah kedut dimakan usia membuat aku tahu ia adalah sorang makcik.

Selepas mengambil tempat duduk , aku melihat makcik itu membawa secawan kopi dengn beberapa kuih apam dengan pergerakan yg agak perlahan . Hati ini ingin saja memperlawa makcik itu duduk semeja dengan kami kerana meja yg kami duduk itu pnjng dan bnyk lagi ruang kosong. Makcik itu melihat tmpat yg lain tetapi sudah penuh dan akhirnya dia mngmbil keputusan duduk semeja dengn kami tanpa kami memperlawanya, hati ini berasa gembira dan mengukir senyuman kpd makcik tersebut. Walaupun senyuman diukir tetapi mulut ini ingin saja menyapa makcik itu untuk bertanyakan khabar tetapi apakan daya kekuatan dlm hamba ini masih belum kuat untuk berbuat begitu.

Seperti biasa melihat air kopi dengn apam , sudah tentu teringat akan maktok yg berada dikampung , beginilah cara hidup org kampung yg dahulunya menumpah keringat untuk mencari rezeki untuk anak2. Tertanya2 di manakah anak2 makcik ini ketika dia sedang menikmati makanan dlm keadaan yg membuat hati begitu sayu .Hatiku muhasabah seketika , bagaimana keadaan ku nnti apabila sibuk berkerja dan paa yg akan terjadi kpd ibubapaku ketika itu .Melihat pergerakkannya seperti org susah yg bersyukur terhadap makanan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Ada juga perasaan kalau boleh nk bayar sekali makanan makcik ini sekali td tp rasa mungkin dia sudah bayar.

Setelah habis makan ketika hendak pulang , pandangan ku terpandang makcik tersebut yg hendak membayar makanannya sebentar td , aku memerhati dengn bersungguh-sungguh sambil kakiku melangkah  keluar dari kantin ,. Ku lihat dia mengeluarkan dompetnya yg usang tanpa nampak sebarg duit kertas yg terjuntai (seperti dompet duit kebanyakan org yg mempunyai duit) .Diletakkan nya dompet itu diatas meja dan menyeluk poket baju kurung nya itu untuk mencari duit , Hati ini ingin saja mengeluarkan duit untuk bayar makanan m)akcik tersebut tapi pergerakkanku menjadi laju sambil makcik kaunter yg mnjaga senyum kpdku dan aku berlalu pergi begitu saja.

Entah mengapa perkara ini berlaku, Ya Allah ampunkan dosa hambuMu ini !

Dlm hati berasa begitu sedih sekali mengenang perkara yg berlaku , ia seperti memberi pengajaran dlm diriku ini bahawa Terlepas membuat Kebaikan adalah Satu Kerugian , Semoga Allah memberi kekuatn dlm diri untuk membuat bakti kpd org lain , amin. (T.T)

Tuesday, July 3, 2012

Mengubah racun menjadi ubat.

Assalamualaikum , dalam meniti hidup seharian pelbagai masalah dan cabaran dtg dlm keadaan yg tidak dijangka . Masalah boleh menjadi racun yg amat berbisa kpd seseorang sehingga ia menjadi stress dan tidak tentu hala. Kita sering menyalahkan faktor luar sebagai punca kpd masalah diri kita yg membuatkan kita bertambah masalah. Dlm post ini , saya ingin mengubah diri ini untuk menjadi seseorg yg boleh menghadapi segala cabaran dan masalah , bagaimana ? dengan mengubah ia menjadi motivasi diri atau ubat untuk diri menjadi lebih matang dan kuat untuk menghadapi cabaran dlm kehidupan . Jangan terlampau memanjakan diri , jnglah terlalu mengikut nafsu dan jngnlah mudah mengalah kerana itu adalah sindrom yg mngkin menyebabkan kita tumpas untuk mengubah racun kpd ubat . Jadi tiada apa yg penting melainkan berpaut pd Yang Satu iaitu Allah . Segala panduan yg diberikan dlm Al-quran ada panduan yg ter,paling ,amat sempurna untuk menghadapi hidup ini. :)