Monday, July 16, 2012

Kegagalan salah satu kehidupan



Assalamualaikum , sudah minggu ke 4 ber LI , masih berbaki 6 minggu lagi sebelum pulang ke kampus . Sebut pasal kegagalan mesti berkait dengan pra result yg bakal pd esok hari ( dah tau dah ). Berjaya atau gagal semua itu berserah kpd Allah setelah berusaha dengan kemampuan dari diri yg lemah ini . Jika berjaya adakah kejayaan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya dan jika gagal adakah kegagalan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya , itu persoalan yg perlu kita fikir bersama . Sebagai manusia semestinya kejayaan adalah harapan yg mesti di inginkan  oleh setiap org dan kegagalan sesuatu yg dibenci oleh setiap org , adakah kejayaan akan sentiasa dtg ? dan adakah kegagalan tidak pernah dtg ?  teringat pd cerita novel VT mengenai ujian pd surah Al -Ankabut ayat 2 -3

,, 29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?

29-3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.

Sesungguhnya hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini memerlukan ujian atau kegagalan untuk peringatan kpd diri dan semangat untuk kembali menjadi lebih baik untuk menghadapi kehidupan seterusnya sehingga akhir hayat , kegagalan bukan titik terakhir dlm kehidupan tetapi adalah permulaan yg baru untuk menjadi lebih baik terutamanya sebagai hamba Allah di atas dunia yg sementara ini , semoga Allah meredhai kehidupan hamba yg lemah ini.

No comments:

Post a Comment