Thursday, July 5, 2012

Terlepas membuat kebaikan adalah satu kerugian




Assalamualaikum , hari ini LI seperti biasa di Jabatan mekanikal ,JKR perlis. Dlm sibuk menguruskan hal sendiri , sahabat LI sekali Amry ajak pergi minum di kantin berhampiran . Sewaktu mengambil minuman yg telah dibuat mata ku terpadang susuk tubuh seorang wanita yg dtg menempah minuman sebelah aku , aku melihat tangannya yg sudah kedut dimakan usia membuat aku tahu ia adalah sorang makcik.

Selepas mengambil tempat duduk , aku melihat makcik itu membawa secawan kopi dengn beberapa kuih apam dengan pergerakan yg agak perlahan . Hati ini ingin saja memperlawa makcik itu duduk semeja dengan kami kerana meja yg kami duduk itu pnjng dan bnyk lagi ruang kosong. Makcik itu melihat tmpat yg lain tetapi sudah penuh dan akhirnya dia mngmbil keputusan duduk semeja dengn kami tanpa kami memperlawanya, hati ini berasa gembira dan mengukir senyuman kpd makcik tersebut. Walaupun senyuman diukir tetapi mulut ini ingin saja menyapa makcik itu untuk bertanyakan khabar tetapi apakan daya kekuatan dlm hamba ini masih belum kuat untuk berbuat begitu.

Seperti biasa melihat air kopi dengn apam , sudah tentu teringat akan maktok yg berada dikampung , beginilah cara hidup org kampung yg dahulunya menumpah keringat untuk mencari rezeki untuk anak2. Tertanya2 di manakah anak2 makcik ini ketika dia sedang menikmati makanan dlm keadaan yg membuat hati begitu sayu .Hatiku muhasabah seketika , bagaimana keadaan ku nnti apabila sibuk berkerja dan paa yg akan terjadi kpd ibubapaku ketika itu .Melihat pergerakkannya seperti org susah yg bersyukur terhadap makanan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Ada juga perasaan kalau boleh nk bayar sekali makanan makcik ini sekali td tp rasa mungkin dia sudah bayar.

Setelah habis makan ketika hendak pulang , pandangan ku terpandang makcik tersebut yg hendak membayar makanannya sebentar td , aku memerhati dengn bersungguh-sungguh sambil kakiku melangkah  keluar dari kantin ,. Ku lihat dia mengeluarkan dompetnya yg usang tanpa nampak sebarg duit kertas yg terjuntai (seperti dompet duit kebanyakan org yg mempunyai duit) .Diletakkan nya dompet itu diatas meja dan menyeluk poket baju kurung nya itu untuk mencari duit , Hati ini ingin saja mengeluarkan duit untuk bayar makanan m)akcik tersebut tapi pergerakkanku menjadi laju sambil makcik kaunter yg mnjaga senyum kpdku dan aku berlalu pergi begitu saja.

Entah mengapa perkara ini berlaku, Ya Allah ampunkan dosa hambuMu ini !

Dlm hati berasa begitu sedih sekali mengenang perkara yg berlaku , ia seperti memberi pengajaran dlm diriku ini bahawa Terlepas membuat Kebaikan adalah Satu Kerugian , Semoga Allah memberi kekuatn dlm diri untuk membuat bakti kpd org lain , amin. (T.T)

2 comments: