- Detik yg penting untuk berubah tetapi Detik yg lain sudah berubah .
-Manusia akan di pimpin oleh iman yg ditingkatkan dengan ilmu berpandukan Al quran dan hadis ,
tetapi manusia akan musnah dengan nafsu yg tidak dikawal tanpa iman yg sempurna.
Moga detik ini akan sama dan berkekalan hingga akhirnya . Allah yg maha mengetahui .
Muhasabah diri .
Monday, December 10, 2012
Saturday, December 8, 2012
Aku mohon kekuatan dariNya untuk setiap detik
Manusia di uji dengan tiga TA
1. WaniTA
2. HarTA
3.TakhTA
Hanya kekuatan yg di beri oleh Maha Pencipta yg dapat menempuh perkara di atas , sebagai hambaNya yg lemah dan hina ini , ku memohon di beri kekuatan untuk menempuh hidup di dunia yg penuh tipu daya ini,
Ya Alllah bantulah hambaMu ini . (T,T)
lupakan detik yg berlalu , mula detik ini dengan sebaiknya , ayuh!
1. WaniTA
2. HarTA
3.TakhTA
Hanya kekuatan yg di beri oleh Maha Pencipta yg dapat menempuh perkara di atas , sebagai hambaNya yg lemah dan hina ini , ku memohon di beri kekuatan untuk menempuh hidup di dunia yg penuh tipu daya ini,
Ya Alllah bantulah hambaMu ini . (T,T)
lupakan detik yg berlalu , mula detik ini dengan sebaiknya , ayuh!
Tuesday, December 4, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Bangkit untuk bangun semula.
Diri ini umpama roda yg sentiasa berputar jika masih hidup lagi ,
Jika berhenti sudah tentu tiada jalan untuk kembali ,
Dosa dan pahala selalu menjadi panduan diri ,
Beruntunglah diri jika memilih pahala dan meninggalkan dosa selama ini .
semoga Allah merahmati dan meredhai diri ini. :)
Friday, October 5, 2012
Ya Allah , aku mahu berpaut kpd Mu
jika dahulu berasa diri ini sentiasa betul dan benar
jika dahulu berasa diri ini miliki iman yg teguh berdiri
jika dahulu berasa diri ini pejuang yg sejati ,
namun diri ini lemah dan hina
namun diri ini salah dan tipu daya
namun diri ini rapuh imannya
namun diri ini si lemah yg kalah ,
Ya Allah periharalah diri hamba ini , jadika diri ini sentiasa ingat kpd Mu.
Semoga dpt melupakan dosa yg lalu untuk mencari pahala yg baru .
Thursday, September 27, 2012
Matlamat yg masih jauh
Bermacam perkara yg berlaku ada mcm ini ada mcm itu , tetapi apa yg hendak ditekankan ialah soal bagaimana hendak memilih pemimpin dan bagaimana pemimpin tersebut , bg pandangan ku mahasiswa usm kejuruteraan kebanyakan masih belum matang dlm perkara ini termasuk dlm diri ini yg masih belajar hendak mnjadi mahasiswa yang sebenar , sebagai org muslim , segala aspek kehidupan perlu berlandaskan islam bukan hanya sembahyang sahaja ( Ya Allah ampunlah dosaku ) , dlm perjalanan kehidupan , belajar , bersukan , berhibur , memilih pemimpin , melaksanakan aktiviti dan seluruhnya . Ingat jika mnghadap Allah kelak bkn Allah akan tanya kamu ini melayu ka cina , kamu ni mng ka kalah bertanding atau apa yg kamu buat untuk malaysia ? tetapi semua yg ditanya akan berkaitan dengan islam , jika tiada apa satu pun kamu buat kerana islam maka sia-sia lah kehidupan kamu yg kamu sibukan itu.
Ingat ingin memilih pemimpin bkn kerana dia kwn kita , bukan kerana dia senior kita tetapi carilah pemimpin yg mna boleh memimpin kita dan bersama - sama membawa kita mencapai redha Allah tidak kiralah kebajikan ka , keselamatan ka kelestarian ka yg penting semua itu sudah ada dlm islam dan jngn asingkan .
Dan ingat jngan lah kita abaikan dakwah kita sebagai hamba Allah jika dlm masyrakat kita ada pelbagai kaum , bagi pemimpin yg bagus untuk pelajar non muslin , dia ada tangungjawab kpd mereka dan untuk peljar muslim dia ada tangungjawab mereka lebih2 lagi pemimpin itu muslim , itu adalah pemimpin yg sebenar , tidak mengasingkan kepimpinan dan hidupnya dngn islam .
tahniah dan syabas yg telah dipilih menjadi pemimpin , ingatlah apa yg kamu lakukan untuk masyarakat kampus akan ditanya kelak setelah kamu dipilih dan untuk yg mengundi ingat ia jugak ditanya , mengapa kamu memilih si pulan dan si pulan ? apa kebaikan nya untuk islam ?
Akhir sekali saya ingin mnyampaikan hasrat hati di mna sedih kerana masih belum dpt membawa dan membimbing bersama masyarakat kampus untuk kita menuju jln yg diredhai Ilahi , semoga Allah ampunkan dosa ku yg lalu dan kuatkan semangatku untuk melawan segala hasutan syaitan yg dtg dlm pelbagai perkara yg mencabar , janganlah Kau tutup pintu hatiku ini setelah Engkau tunjukkan jalan kpd ku , Ya Allah aku lah hambaMu yg lemah , masih jauh PERJALANAN hidup ini .
Saturday, September 8, 2012
Tahun akhir , moga dipermudahkan oleh Allah .
Friday, August 24, 2012
Aku mahu menjadi hambaNya yg sebenar.
Raya kali ini mngkin berbeza dengan melawat saudara mara dengan lebih dekat dan sahabat lama yg pulang beraya bersama , bukan itu sahaja pd 21/8 iaitu raya ketiga merupakan hari di mana aku sedang belajar untuk menjadi lebih matang dlm matlamat ku kepada Allah untuk ummah islam . Semoga perkara ku lakukan ini kerana Allah dan kehidupan di dunia inilah aku mahu meraih redhaNya dan syafaat dari kekasihnya Rasulullah S.A.W . Moga Allah mempermudahkan urusan ku dan urusanya .
Semoga hidup ku ini diberkati olehnya , tetapkan hati ku ini kepadaNya dan hambaNya yg aku kasihi keranaNya . Cukuplah bagiku kemuliaan Allah , tiada di hatiku selain Allah , cahaya yg terpuji diselawatkan Allah , tiada tuhan selain Allah .
Sunday, July 22, 2012
Ramadhan Kareem
Kesimpulannya , selagi islam tidak diangkat tinggi dalam kehidupan perkara ini tidak akan selesai , dan perkara ini jugak terpalik kpd diri ini juga yg merasa tanggunjawab itu juga terletak di bahu ini , jika tidak Allah tidak mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini seperti dlm surat Al-Baqarah ayat 30: “ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ‘Mereka berakat: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu, orang-orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kemi senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? ‘Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Hati ini kembali berfikir jika belajar pandai tinggi mana jika kesedaran islam ini tidak ada maka kosong lah hati ini , mati lah hati ini seperti mayat hidup ada di muka bumi ini . Jadi persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menjadi khalifah diatas muka bumi ini ? sedangkan solatnya masih berterabur , pemikiran masih belum matang ,majlis ilmu dianggap beban , diri ingin berseronok melayan nafsu dan takut kepada masalah dan kesusahan . Jika perkara ini masih ada , kita ini masih lagi belum bersedia malahan seperti orang yg berjanggut tetapi belum lagi baligh , Semoga diri ini dapat mempertingkatkan lagi amalan ibadah kepada Allah dan menjadi hambaNya yg sebenarnya . Semoga diri ini berada dalam keredhaaNya.Berharap Ramadhan kali ini banyak target list dpt dicapai dan menjadi lebih baik dari sebelum ini , amin .
Monday, July 16, 2012
Kegagalan salah satu kehidupan
,, 29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?
29-3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.
Sesungguhnya hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini memerlukan ujian atau kegagalan untuk peringatan kpd diri dan semangat untuk kembali menjadi lebih baik untuk menghadapi kehidupan seterusnya sehingga akhir hayat , kegagalan bukan titik terakhir dlm kehidupan tetapi adalah permulaan yg baru untuk menjadi lebih baik terutamanya sebagai hamba Allah di atas dunia yg sementara ini , semoga Allah meredhai kehidupan hamba yg lemah ini.
Tuesday, July 10, 2012
Mencari ilmu sebelum memberi ilmu .
Thursday, July 5, 2012
Terlepas membuat kebaikan adalah satu kerugian
Selepas mengambil tempat duduk , aku melihat makcik itu membawa secawan kopi dengn beberapa kuih apam dengan pergerakan yg agak perlahan . Hati ini ingin saja memperlawa makcik itu duduk semeja dengan kami kerana meja yg kami duduk itu pnjng dan bnyk lagi ruang kosong. Makcik itu melihat tmpat yg lain tetapi sudah penuh dan akhirnya dia mngmbil keputusan duduk semeja dengn kami tanpa kami memperlawanya, hati ini berasa gembira dan mengukir senyuman kpd makcik tersebut. Walaupun senyuman diukir tetapi mulut ini ingin saja menyapa makcik itu untuk bertanyakan khabar tetapi apakan daya kekuatan dlm hamba ini masih belum kuat untuk berbuat begitu.
Seperti biasa melihat air kopi dengn apam , sudah tentu teringat akan maktok yg berada dikampung , beginilah cara hidup org kampung yg dahulunya menumpah keringat untuk mencari rezeki untuk anak2. Tertanya2 di manakah anak2 makcik ini ketika dia sedang menikmati makanan dlm keadaan yg membuat hati begitu sayu .Hatiku muhasabah seketika , bagaimana keadaan ku nnti apabila sibuk berkerja dan paa yg akan terjadi kpd ibubapaku ketika itu .Melihat pergerakkannya seperti org susah yg bersyukur terhadap makanan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Ada juga perasaan kalau boleh nk bayar sekali makanan makcik ini sekali td tp rasa mungkin dia sudah bayar.
Setelah habis makan ketika hendak pulang , pandangan ku terpandang makcik tersebut yg hendak membayar makanannya sebentar td , aku memerhati dengn bersungguh-sungguh sambil kakiku melangkah keluar dari kantin ,. Ku lihat dia mengeluarkan dompetnya yg usang tanpa nampak sebarg duit kertas yg terjuntai (seperti dompet duit kebanyakan org yg mempunyai duit) .Diletakkan nya dompet itu diatas meja dan menyeluk poket baju kurung nya itu untuk mencari duit , Hati ini ingin saja mengeluarkan duit untuk bayar makanan m)akcik tersebut tapi pergerakkanku menjadi laju sambil makcik kaunter yg mnjaga senyum kpdku dan aku berlalu pergi begitu saja.
Entah mengapa perkara ini berlaku, Ya Allah ampunkan dosa hambuMu ini !
Dlm hati berasa begitu sedih sekali mengenang perkara yg berlaku , ia seperti memberi pengajaran dlm diriku ini bahawa Terlepas membuat Kebaikan adalah Satu Kerugian , Semoga Allah memberi kekuatn dlm diri untuk membuat bakti kpd org lain , amin. (T.T)
Tuesday, July 3, 2012
Mengubah racun menjadi ubat.
Assalamualaikum , dalam meniti hidup seharian pelbagai masalah dan cabaran dtg dlm keadaan yg tidak dijangka . Masalah boleh menjadi racun yg amat berbisa kpd seseorang sehingga ia menjadi stress dan tidak tentu hala. Kita sering menyalahkan faktor luar sebagai punca kpd masalah diri kita yg membuatkan kita bertambah masalah. Dlm post ini , saya ingin mengubah diri ini untuk menjadi seseorg yg boleh menghadapi segala cabaran dan masalah , bagaimana ? dengan mengubah ia menjadi motivasi diri atau ubat untuk diri menjadi lebih matang dan kuat untuk menghadapi cabaran dlm kehidupan . Jangan terlampau memanjakan diri , jnglah terlalu mengikut nafsu dan jngnlah mudah mengalah kerana itu adalah sindrom yg mngkin menyebabkan kita tumpas untuk mengubah racun kpd ubat . Jadi tiada apa yg penting melainkan berpaut pd Yang Satu iaitu Allah . Segala panduan yg diberikan dlm Al-quran ada panduan yg ter,paling ,amat sempurna untuk menghadapi hidup ini. :)
Thursday, June 28, 2012
Menyakiti hati sendiri.
Sejak kebelakangan ini , hidup dlm sedar sebagai hambaNya merupakan nikmat yg terindah dlm dunia ini. Bermacam kerenah & perangai manusia yg dihadapi untuk sebagai pengalaman dlm hidup ini . Aku cuba menyakiti hati aku sendiri sebelum di sakiti kerana itu adalah jln terbaik untuk aku menghadapi cabaran dari Ilahi . Apa yg dimaksudkan meyakiti hati sendiri itu bukanlah membuat perkara yg tidak elok tetapi maksudnya dlm perkataan yg mudah difahami adalah MUHASABAH DIRI . Segala perkara berlaku atau tidak pernah berlaku sama ada baik atau tidak aku cuba selami dan memahaminya , kerana itu lah hakikat yg akan dihadapi sebagai hambaNya yg lemah . Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup ku ini , I Love You Allah . :)
Tuesday, June 26, 2012
Ber LI.
Assalam , hari ini merupakan hari kedua LI di JKR , semoga dipermudahkan urusan. Setakat ini memeng relax dan goyang kaki kerana bos tidak ada lagi ,outstation . Dlm kesenangan ini , aku berharap dpt meningkatkan lagi latihan islami aku (kata LI) , untuk minggu ini aku ingin settle tentang bacaan dlm solat dan fahami maksud yg dibaca dlm solat, dimana jika kita fikir sepanjang kita solat selepas baligh adakah solat itu menjadi terapi atau ubat kpd hati kita ini dan penghubung antara kita dngn Allah ? sedangkan kita ini manusia yg akan menghadapi kesusahan dan kesulitan dlm kehidupan ini . Semoga diri ini dan yg membaca dpt kita ubah dan tingkatkan diri kita ini untuk meraih redha Allah. :)
Thursday, June 21, 2012
Last but not least
Alhamdulillah , tamat sudah final exam pada hari ini . Semoga perkara ini menjadi salah satu ibadat kpd Allah s.b.t . Tidak sabar untuk balik rumah dan berLI di perlis . LI kali adalah Latihan Islami dan buat di JKR ( Jabatan Kuliah Rakyat ), semoga cuti sem kali ini lebih bermanfaat untuk menjadi hamba yg lebih bertakwa , pemuda yg berilmu dan pemimpin keluarga yg bertangungjawab (:D) . Semoga diri ini dpt mementingkan perkara yg lebih penting dari perkara yg tidak penting . Selamat bercuti ~
Friday, June 15, 2012
Tanggungjawab yg berterusan
Jika dilihat org yg dahulunya tidak sembhyang apabila mendapat hidayah dan ilmu dlm diri telah berubah menjadi org yg sembahyg di awal waktu dan secara berjemaah , tetapi bagaimana pula kpd orang yg yg sudah "complete" dari segi ibadat solatnya ? untuk org ini ia perlu diterjemahkan dlm bentuk amalnya seperti menerima sebarang taklifan dan tangungjawab untuk memastikan diri org yg tidak sembhyang (situasi pertama) berubah menjadi org kedua (situasi kedua) , hal ini akan berterusan sehingga diri ini bersatu dengan bumi . semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan hamba ini .
Thursday, June 14, 2012
Membentang luas pemikiran.
Wednesday, June 13, 2012
Perasaan & jiwa
Subscribe to:
Posts (Atom)

