Dalam kehidupan ini, aku masih belajar & mencari erti hidup yang sebenar. Banyak perkara yg aku pelajari dan akhirnya aku mengerti bahawa kerana Dia aku berada di dunia yg fana ini.
Aku berharap aku dapat melakukan sesuatu yg baik untuk Dia dan makhluk dia selagi masih diberi untuk bernafas.Segala nikmat yg Dia bagi untuku di dunia ini tidak ternilai jika hendak dibanding dengan perkara yg telah aku lakukan di sini.
Untuk menjadi insan yg mengharap rahmat dan kasih sayang Dia , aku perlu melaksanakan apa yang disuruh oleh Dia & meninggalkan perkara yg dilarang oleh Dia kerana akulah hamba Dia yg lemah di dunia ini.
Semoga aku menjadi muslim yg berjaya di dunia & di akhirat.
No comments:
Post a Comment