Assalamualaikum , sekarang sudah cuti sem 1 . Mungkin banyak aktivit yg bermain di fikiran ini, tetapi berharap dapat mengunakan cuti ini dengan penuh manfaat terutama untuk bekalan dalam diri ini bagi menempuhi liku-liku hidup yg penuh duri ini.Segala kerja yg ada harap dapat dilaksanakan dalam cuti ini disamping dapat menghadiri kuliah ilmu disekitar perlis ini.Selain itu , bermain bola dan futsal antara aktiviti sampingan yg diisi pd cuti ini.
Mungkin sering berfikir tentang pemikiran manusia yg merasa agama ini asing dari kehidupan di dunia ini, kerana ada sahabat yg panggil ustaz kepada diri ini dan bertanya adakah belajar dalam pengajian agama, sedangkan kita belajar dalam bidang engineering :).Hal ini mungkin mereka anggap agama ini tidak masuk atau ngam dengan dunia yg serba maju ini.Jika minat photography gunakn untuk berdakwah , jika minat bermuzik boleh digunakan untuk memuji yg Maha Esa , jika minat bersukan boleh digunakan untuk menyihatkan tubuh badan untuk beribdat kepadaNya , jika minat bermain game boleh digunakan untuk release tension setelah penat berkerja ,jika minat bermain moto boleh digunakn untuk konvoi ke majlis ilmu . Sungguh rugilah kalau setiap perkara yg kita lakukan tidak niat kepadaNya sebagai ibadah dan ia akan menjadi sia-sia.
Semoga setiap perkara yg kita lakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain dan mencari bekalan secukupnya untuk kejayaan di sana . Marilah menjadi Muslim yg sebenarnya muslim yg bukan hanya ada pada nama tapi tidak pada perbuatanya.
No comments:
Post a Comment