Friday, January 6, 2012

Niat itu pokok ibadah.

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana dpt subuh berjemaah di Pusat Islam pd penghulu segala hari iaitu pg jumaat.Saya ingin berkongsi sedikit ilmu daripada kuliah subuh yg disampaikan oleh Ustaz Syukri Osman, penolong pengarah Pusat Islam mengenai salah satu hadis 40 Imam Nawawi iaitu mengenai dengan niat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu
.

Sebagai manusia kita mesti mempunyai niat yg berbeza setiap hari.Jika niat kita baik maka baiklah keseluruhan hari kita. Dalam musim peperiksaan ini, kita perlu meletakkan niat untuk menjadi muslim yg berjaya dan cemerlang sama ada dlm akedemik ataupun dlm bidang yg lain.

Antara kupasan yg menarik dr Ustaz Syukri adalah hati kita ini umpama raja dan anggota yg lain sebagai perlaksana , jika niat hati kita baik insyallah segala matlamat itu akan dikecapi dngn mudah.Selain itu , fokus juga pnting dlm memperoleh kejayaan, antara yg disyorkan oleh Ustaz Syukri , dalam handphone atau di bilik kita perlu meletakan fokus kita sama ada dlm bentuk gambar atau perkataan (cnth: gambar masjid di mekah), Insyallah fokus kita tidak akan tersasar dan akan tercapai dengan mudah.



Semoga setiap perbuatan kita dari bangun tidur hingga tidur adalah niat kerana Allah , dlm menghadapai peperiksaaan ini yg lebih utama ialah meletakkan pengharapan yg tinggi kpd Allah dan disusuli dngn usaha yg gigih kerana jika usaha yg gigih itu mengatasi pengharapan kpd Allah ,kita takut dalam usaha kita itu tidak ada keberkatan dari Allah.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment