Monday, December 10, 2012

Detik ini bukan seperti Detik yg sebelum ini ?

- Detik yg penting untuk berubah tetapi Detik yg lain sudah berubah .

-Manusia akan di pimpin oleh iman yg ditingkatkan dengan ilmu berpandukan Al quran dan hadis ,
tetapi manusia akan musnah dengan nafsu yg tidak dikawal tanpa iman yg sempurna.

Moga detik ini akan sama dan berkekalan hingga akhirnya . Allah yg maha mengetahui .

Muhasabah diri .

Saturday, December 8, 2012

Aku mohon kekuatan dariNya untuk setiap detik

Manusia di uji dengan tiga TA

1. WaniTA
2. HarTA
3.TakhTA

Hanya kekuatan yg di beri oleh Maha Pencipta yg dapat menempuh perkara di atas , sebagai hambaNya yg lemah dan hina ini , ku memohon di beri kekuatan untuk menempuh hidup di dunia yg penuh tipu daya ini,

Ya Alllah bantulah hambaMu ini  . (T,T)

lupakan detik yg berlalu , mula detik ini dengan sebaiknya , ayuh!

Tuesday, December 4, 2012

Jalan yg berliku .


Semoga aku dipimpin olehNya dalam  pejalanan ini.


Tuesday, October 30, 2012

Bangkit untuk bangun semula.




Diri ini umpama roda yg sentiasa berputar jika masih hidup lagi ,

Jika berhenti sudah tentu tiada jalan untuk kembali ,

Dosa dan pahala selalu menjadi panduan diri ,


Beruntunglah diri jika memilih pahala dan meninggalkan dosa selama ini .

semoga Allah merahmati dan meredhai diri ini. :) 





Friday, October 5, 2012

Ya Allah , aku mahu berpaut kpd Mu





jika dahulu berasa diri ini hebat dan megah

jika dahulu berasa diri ini sentiasa betul dan benar

jika dahulu berasa diri ini miliki iman yg teguh berdiri

jika dahulu berasa diri ini pejuang yg sejati ,

namun diri ini lemah dan hina

namun diri ini salah dan tipu daya

namun diri ini rapuh imannya

namun diri ini si lemah yg kalah ,

Ya Allah periharalah diri hamba ini , jadika diri ini sentiasa ingat kpd Mu.

Semoga dpt melupakan dosa yg lalu untuk mencari pahala yg baru .

Thursday, September 27, 2012

Matlamat yg masih jauh





Pada 25 september lepas dan sebelumnya merupakan pengalaman yg bermakna bagi aku sebagai mahasiswa di beri peluang untuk memilih wakil pelajar untuk mewakili pelajar dlm segala urusan kpd pentadbiran . Kerusi yg bertanding ada 3 iaitu kimia  , bahan  dan mekanik serta satu kerusi umum .

Bermacam perkara yg berlaku ada mcm ini ada mcm itu , tetapi apa yg hendak ditekankan ialah soal bagaimana hendak memilih pemimpin dan bagaimana pemimpin tersebut , bg pandangan ku mahasiswa usm kejuruteraan kebanyakan masih belum matang dlm perkara ini termasuk dlm diri ini yg masih belajar hendak mnjadi mahasiswa yang sebenar , sebagai org muslim , segala aspek kehidupan perlu berlandaskan islam bukan hanya sembahyang sahaja ( Ya Allah ampunlah dosaku ) , dlm perjalanan kehidupan , belajar , bersukan , berhibur , memilih pemimpin , melaksanakan aktiviti dan seluruhnya . Ingat jika mnghadap Allah kelak bkn Allah akan tanya kamu ini melayu ka cina  , kamu ni mng ka kalah bertanding atau apa yg kamu buat untuk malaysia  ? tetapi semua yg ditanya akan berkaitan dengan islam , jika tiada apa satu pun kamu buat kerana islam maka sia-sia lah kehidupan kamu yg kamu sibukan itu.

Ingat ingin memilih pemimpin bkn kerana dia kwn kita , bukan kerana dia senior kita tetapi carilah pemimpin yg mna boleh memimpin kita dan bersama - sama membawa kita mencapai redha Allah tidak kiralah kebajikan ka , keselamatan ka kelestarian ka yg penting semua itu sudah ada dlm islam dan jngn asingkan .
Dan ingat jngan lah kita abaikan dakwah kita sebagai hamba Allah jika dlm masyrakat kita ada pelbagai kaum , bagi pemimpin yg bagus untuk pelajar non muslin , dia ada tangungjawab kpd mereka dan untuk peljar muslim dia ada tangungjawab mereka lebih2 lagi pemimpin itu muslim , itu adalah pemimpin yg sebenar , tidak mengasingkan kepimpinan dan hidupnya dngn islam .

tahniah dan syabas yg telah dipilih menjadi pemimpin , ingatlah apa yg kamu lakukan untuk masyarakat kampus akan ditanya kelak setelah kamu dipilih dan untuk yg mengundi ingat ia jugak ditanya , mengapa kamu memilih si pulan dan si pulan ? apa kebaikan nya untuk islam ?

Akhir sekali saya ingin mnyampaikan hasrat hati di mna sedih kerana masih belum dpt membawa dan membimbing bersama masyarakat kampus untuk kita menuju jln yg diredhai Ilahi , semoga Allah ampunkan dosa ku yg lalu dan kuatkan semangatku untuk melawan segala hasutan syaitan yg dtg dlm pelbagai perkara yg mencabar , janganlah Kau tutup pintu hatiku ini setelah Engkau tunjukkan jalan kpd ku , Ya Allah aku lah hambaMu yg lemah , masih jauh PERJALANAN hidup ini .

Saturday, September 8, 2012

Tahun akhir , moga dipermudahkan oleh Allah .


Semoga segala amalan yg dilakukan di bulan ramadhan dpt diperatikkan hingga jumpa ramadhan akan datang , moga diri ini mampu bertahan dan melawan dugaan serta cabaran sehingga hari kemenangan. :)

Friday, August 24, 2012

Aku mahu menjadi hambaNya yg sebenar.





Alhamdulillah , selesai sudah ibadah di bulan ramadhan ,arini sudah masuk 6 syawal . Syukur tidak terhingga kepada Allah yg Maha Agung atas segala nikmat dunia yg diberikan kepada hamba ini , mungkin percutian sem kali ini amat bermakna buat hamba ini sebagai seorang muslim kerana diberi merasai nikmat islam yg sebenar. Selain itu pengalaman menenmpuh hidup yg diatur oleh Ilahi kepada hambaNya sungguh memberi kesan. Dengan tarbiyah ramadhan yg penuh bermakna yg membuatkan aku sungguh2 merindui Ramadhan .

Raya kali ini mngkin berbeza dengan melawat saudara mara dengan lebih dekat dan sahabat lama yg pulang beraya bersama , bukan itu sahaja pd 21/8 iaitu raya ketiga merupakan hari di mana aku sedang belajar  untuk menjadi lebih matang dlm matlamat ku kepada Allah untuk ummah islam . Semoga perkara ku lakukan ini kerana Allah dan kehidupan di dunia inilah aku mahu meraih redhaNya dan syafaat dari kekasihnya Rasulullah S.A.W . Moga Allah mempermudahkan urusan ku dan urusanya .

Semoga hidup ku ini diberkati olehnya , tetapkan hati ku ini kepadaNya dan hambaNya yg aku kasihi keranaNya . Cukuplah bagiku kemuliaan Allah , tiada di hatiku selain Allah , cahaya yg terpuji diselawatkan Allah , tiada tuhan selain Allah .

Sunday, July 22, 2012

Pagi Ahad (22/7/12)






















Ramadhan Kareem



Assalamualaikum , hari ini telah hari kedua berpuasa dalam bulan ramadhan , tapi di sebalik kegembiraan menyambut Ramadhan kali ini , hati ini ada sedikit sedih terkilan di saat kita melihat kemajuan negara yg di canang TV & berita dlm ekonomi , teknologi dan segala bagai tetapi hakikat yg diri ini melalui masyarakat remaja kini kian hancur tanpa ada sebarang pencegahan daripada kehancuran ini berlaku. Perkara ini bukan rekaan semata-mata tapi sepanjang melalui kehidupan yg jauh dari kehidupan yg asal yg selalu bersama orang yg cerdik pandai tetapi kali ini bersama orang yg cerdik pandai nya yg tidak di pandu , antara contohnya seorang hamba ini menceritakan bagaiman dia mendapat sesuatu yg mebuat nafsu seronok dengan mudah tanpa ada sebarang msalah dan ada cerita mengenai remaja yg begitu begini dlm usia yg muda dan banyak lagi , sukar untuk di ceritakan tetapi ini lah hakikat remaja sekarang , ini baru cerita di perlis belum seluruh malaysia , Nau'zubillah . Disaat pemimpin negara begitu bangga kejayaan negara tetapi lupa kepada generasi yg bakal memimpin negara kerana  tidak diberi didikan yg sebenar.

Kesimpulannya , selagi islam tidak diangkat tinggi dalam kehidupan perkara ini tidak akan selesai , dan perkara ini jugak terpalik kpd diri ini juga yg merasa tanggunjawab itu juga terletak di bahu ini , jika tidak Allah tidak mencipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini seperti dlm 
surat Al-Baqarah ayat 30: “ Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. ‘Mereka berakat: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu, orang-orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kemi senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau? ‘Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Hati ini kembali berfikir jika belajar pandai tinggi mana jika kesedaran islam ini tidak ada maka kosong lah hati ini , mati lah hati ini seperti mayat hidup ada di muka bumi ini . Jadi persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menjadi khalifah diatas muka bumi ini ? sedangkan solatnya masih berterabur , pemikiran masih belum matang ,majlis ilmu dianggap beban , diri ingin berseronok melayan nafsu dan takut kepada masalah dan kesusahan . Jika perkara ini masih ada , kita ini masih lagi belum bersedia malahan seperti orang yg berjanggut tetapi belum lagi baligh , Semoga diri ini dapat mempertingkatkan lagi amalan ibadah   kepada Allah dan  menjadi hambaNya yg sebenarnya . Semoga diri ini berada dalam keredhaaNya.Berharap Ramadhan kali ini banyak target list dpt dicapai dan menjadi lebih baik dari sebelum ini , amin .

Monday, July 16, 2012

Kegagalan salah satu kehidupan



Assalamualaikum , sudah minggu ke 4 ber LI , masih berbaki 6 minggu lagi sebelum pulang ke kampus . Sebut pasal kegagalan mesti berkait dengan pra result yg bakal pd esok hari ( dah tau dah ). Berjaya atau gagal semua itu berserah kpd Allah setelah berusaha dengan kemampuan dari diri yg lemah ini . Jika berjaya adakah kejayaan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya dan jika gagal adakah kegagalan itu membuat hati ini lebih dekat kpdNya , itu persoalan yg perlu kita fikir bersama . Sebagai manusia semestinya kejayaan adalah harapan yg mesti di inginkan  oleh setiap org dan kegagalan sesuatu yg dibenci oleh setiap org , adakah kejayaan akan sentiasa dtg ? dan adakah kegagalan tidak pernah dtg ?  teringat pd cerita novel VT mengenai ujian pd surah Al -Ankabut ayat 2 -3

,, 29-2: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?

29-3: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta.

Sesungguhnya hidup sebagai hamba Allah dimuka bumi ini memerlukan ujian atau kegagalan untuk peringatan kpd diri dan semangat untuk kembali menjadi lebih baik untuk menghadapi kehidupan seterusnya sehingga akhir hayat , kegagalan bukan titik terakhir dlm kehidupan tetapi adalah permulaan yg baru untuk menjadi lebih baik terutamanya sebagai hamba Allah di atas dunia yg sementara ini , semoga Allah meredhai kehidupan hamba yg lemah ini.

Tuesday, July 10, 2012

Mencari ilmu sebelum memberi ilmu .



Assalamualaikum ,  sudah minggu 3 LI di JKR tinggal 7 minggu lagi . Masa yg berlalu amat pantas sehingga kadang2 terasa di biarkan sia2 begitu sahaja . Merenung kembali diri ini yg mana akan menjadi orang lebih bertangungjawab , tetapi ilmu di dalam diri ini tidak langsung bertambah . Dengan semangat dan itizam untuk menjadi lebih baik , semoga sepanjang cuti berLI ini dapat mencari ilmu dan sedikit suntikan untuk menjadi lebih berilmu dan matang dalm menghadapi kehidupan ini .Hal ini kerana , diri inilah yg akan menjadi seorang anak , menjadi seorang abang , menjadi seorang adik , menjadi seorang yg berkerja diberi tangungjawab , menjadi seorang suami dan menjadi seorang bapa dan menjadi seorang pemimpin. Persoalanya adakah kita sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi semua itu ? kerana jika tidak mahu kita akn menghadapi perkara itu. :)

Thursday, July 5, 2012

Terlepas membuat kebaikan adalah satu kerugian




Assalamualaikum , hari ini LI seperti biasa di Jabatan mekanikal ,JKR perlis. Dlm sibuk menguruskan hal sendiri , sahabat LI sekali Amry ajak pergi minum di kantin berhampiran . Sewaktu mengambil minuman yg telah dibuat mata ku terpadang susuk tubuh seorang wanita yg dtg menempah minuman sebelah aku , aku melihat tangannya yg sudah kedut dimakan usia membuat aku tahu ia adalah sorang makcik.

Selepas mengambil tempat duduk , aku melihat makcik itu membawa secawan kopi dengn beberapa kuih apam dengan pergerakan yg agak perlahan . Hati ini ingin saja memperlawa makcik itu duduk semeja dengan kami kerana meja yg kami duduk itu pnjng dan bnyk lagi ruang kosong. Makcik itu melihat tmpat yg lain tetapi sudah penuh dan akhirnya dia mngmbil keputusan duduk semeja dengn kami tanpa kami memperlawanya, hati ini berasa gembira dan mengukir senyuman kpd makcik tersebut. Walaupun senyuman diukir tetapi mulut ini ingin saja menyapa makcik itu untuk bertanyakan khabar tetapi apakan daya kekuatan dlm hamba ini masih belum kuat untuk berbuat begitu.

Seperti biasa melihat air kopi dengn apam , sudah tentu teringat akan maktok yg berada dikampung , beginilah cara hidup org kampung yg dahulunya menumpah keringat untuk mencari rezeki untuk anak2. Tertanya2 di manakah anak2 makcik ini ketika dia sedang menikmati makanan dlm keadaan yg membuat hati begitu sayu .Hatiku muhasabah seketika , bagaimana keadaan ku nnti apabila sibuk berkerja dan paa yg akan terjadi kpd ibubapaku ketika itu .Melihat pergerakkannya seperti org susah yg bersyukur terhadap makanan untuk meneruskan kehidupan seterusnya. Ada juga perasaan kalau boleh nk bayar sekali makanan makcik ini sekali td tp rasa mungkin dia sudah bayar.

Setelah habis makan ketika hendak pulang , pandangan ku terpandang makcik tersebut yg hendak membayar makanannya sebentar td , aku memerhati dengn bersungguh-sungguh sambil kakiku melangkah  keluar dari kantin ,. Ku lihat dia mengeluarkan dompetnya yg usang tanpa nampak sebarg duit kertas yg terjuntai (seperti dompet duit kebanyakan org yg mempunyai duit) .Diletakkan nya dompet itu diatas meja dan menyeluk poket baju kurung nya itu untuk mencari duit , Hati ini ingin saja mengeluarkan duit untuk bayar makanan m)akcik tersebut tapi pergerakkanku menjadi laju sambil makcik kaunter yg mnjaga senyum kpdku dan aku berlalu pergi begitu saja.

Entah mengapa perkara ini berlaku, Ya Allah ampunkan dosa hambuMu ini !

Dlm hati berasa begitu sedih sekali mengenang perkara yg berlaku , ia seperti memberi pengajaran dlm diriku ini bahawa Terlepas membuat Kebaikan adalah Satu Kerugian , Semoga Allah memberi kekuatn dlm diri untuk membuat bakti kpd org lain , amin. (T.T)

Tuesday, July 3, 2012

Mengubah racun menjadi ubat.

Assalamualaikum , dalam meniti hidup seharian pelbagai masalah dan cabaran dtg dlm keadaan yg tidak dijangka . Masalah boleh menjadi racun yg amat berbisa kpd seseorang sehingga ia menjadi stress dan tidak tentu hala. Kita sering menyalahkan faktor luar sebagai punca kpd masalah diri kita yg membuatkan kita bertambah masalah. Dlm post ini , saya ingin mengubah diri ini untuk menjadi seseorg yg boleh menghadapi segala cabaran dan masalah , bagaimana ? dengan mengubah ia menjadi motivasi diri atau ubat untuk diri menjadi lebih matang dan kuat untuk menghadapi cabaran dlm kehidupan . Jangan terlampau memanjakan diri , jnglah terlalu mengikut nafsu dan jngnlah mudah mengalah kerana itu adalah sindrom yg mngkin menyebabkan kita tumpas untuk mengubah racun kpd ubat . Jadi tiada apa yg penting melainkan berpaut pd Yang Satu iaitu Allah . Segala panduan yg diberikan dlm Al-quran ada panduan yg ter,paling ,amat sempurna untuk menghadapi hidup ini. :)

Thursday, June 28, 2012

Menyakiti hati sendiri.




Sejak kebelakangan ini , hidup dlm sedar sebagai hambaNya merupakan nikmat yg terindah dlm dunia ini. Bermacam kerenah & perangai manusia yg dihadapi untuk sebagai pengalaman dlm hidup ini . Aku cuba menyakiti hati aku sendiri sebelum di sakiti kerana itu adalah jln terbaik untuk aku menghadapi cabaran dari Ilahi . Apa yg dimaksudkan meyakiti hati sendiri itu bukanlah membuat perkara yg tidak elok tetapi maksudnya dlm perkataan yg mudah difahami adalah MUHASABAH DIRI . Segala perkara berlaku atau tidak pernah berlaku sama ada baik atau tidak aku cuba selami dan memahaminya , kerana itu lah hakikat yg akan dihadapi sebagai hambaNya yg lemah . Semoga Allah merahmati dan meredhai hidup ku ini , I Love You Allah . :)

Tuesday, June 26, 2012

Ber LI.


Assalam , hari ini merupakan hari kedua LI di JKR , semoga dipermudahkan urusan. Setakat ini memeng relax dan goyang kaki kerana bos tidak ada lagi ,outstation . Dlm kesenangan ini , aku berharap dpt meningkatkan lagi latihan islami aku (kata LI) , untuk minggu ini aku ingin settle tentang bacaan dlm solat dan fahami maksud yg dibaca dlm solat, dimana jika kita fikir sepanjang kita solat selepas baligh adakah solat itu menjadi terapi atau ubat kpd hati kita ini dan penghubung antara kita dngn Allah ? sedangkan kita ini manusia yg akan menghadapi kesusahan dan kesulitan  dlm kehidupan ini . Semoga diri ini dan yg membaca dpt kita ubah dan tingkatkan diri kita ini untuk meraih redha Allah. :)

Thursday, June 21, 2012

Last but not least



Alhamdulillah , tamat sudah final exam pada hari ini . Semoga perkara ini menjadi salah satu ibadat kpd Allah s.b.t . Tidak sabar untuk balik rumah dan berLI di perlis . LI kali adalah Latihan Islami dan buat di JKR ( Jabatan Kuliah Rakyat ), semoga cuti sem kali ini lebih bermanfaat untuk menjadi hamba yg lebih bertakwa , pemuda yg berilmu dan pemimpin keluarga yg bertangungjawab (:D) . Semoga diri ini dpt mementingkan perkara yg lebih penting dari perkara yg tidak penting . Selamat bercuti ~

Friday, June 15, 2012

Tanggungjawab yg berterusan


Jika dilihat org yg dahulunya tidak sembhyang apabila mendapat hidayah dan ilmu dlm diri telah berubah menjadi org yg sembahyg di awal waktu dan secara berjemaah , tetapi bagaimana pula kpd orang yg yg sudah "complete" dari segi ibadat solatnya ? untuk org ini ia perlu diterjemahkan dlm bentuk amalnya seperti menerima sebarang taklifan dan tangungjawab untuk memastikan diri org yg tidak sembhyang (situasi pertama) berubah menjadi org kedua (situasi kedua) , hal ini akan berterusan sehingga diri ini bersatu dengan bumi . semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan hamba ini .

Thursday, June 14, 2012

Membentang luas pemikiran.


Perkara yg baru terjadi pada diri memantangkan diri dan membawa satu perubahan pada diri , semua perkara yg berlaku dlm hidup adalah pengalaman untuk menghadapi hari yang mendatang , jika dilihat pemikiran boleh dibentang luas dengan pengalaman ini . Apapun pun semua itu berlaku untuk bersandar pada maha Pencipta , Allah s.b.t

Wednesday, June 13, 2012

Perasaan & jiwa



 Biarpun rasional akal dan emosi perasaan seakan menjadi buta akibat tekanan jiwa , kekuatan spiritual itu jugalah yang menjadi pelampung yang menyelamatkan .

Saturday, June 9, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Minggu yg padat !

Assalamualaikum , semoga dipermudahkan urusan olehNYa. amin

Tuesday, March 13, 2012

Masih belajar untuk hidup

Assalamualaikum , Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini , hari ini mngkin hari bermakna bg bdk JPA sbb duit sudah masuk . Syukur kpdNya kerana masih memberi nikmat kpd hambaNya ini. Semoga Allah memberkati dan meredhai hidup ini untuk berbakti kpd agamaNya.



Monday, February 20, 2012

permulaan sem !

Bismillahirahmannirahimm... bermulalah esok sem 2 bagi tahun 3 sebagai budak mekanikal di USM :) . Semoga Allah mempermudahkan urusan hamba ini untuk menghadapi hari yg lebih mencabar.

Wednesday, February 8, 2012

Kucing

Assalamualaikum.... dlm beberapa hari lagi cuti berbaki, dirumah ini dipenuhi dengan satu lagi makhluk Allah iaitu kucing yg di bela oleh adik aku, kucing ni mngkin berbeza dengan kucing lain sbb dia suka tidur ja =,= tetapi dia tidak kacau org lain dan semua org amat menyenangi dia.Nampak agak comel jgkla sbb dia berwarna kelabu.Baru2 ini dia telah dibedah selepas mengalami keguguran di dlm perut ( xda rezeki nk buat mcm mna), nasib baik berjaya mengambil tindakan awal hantar ke klinik haiwan kalau tak dia mungkin mati disebabkan bakteria dlm perut.Dia jugak selalu buat muka troll kalau meminta sesuatu dan perkara pelik berlaku ...hehehe





Nama dia mimi kowt errr...

Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul




Assalamualaikum ... masih aku ingat kata2 Tuan Guru Haron Din ,tiada nama manusia yg disebut paling banyak setiap hari didunia melainkan dia ,tiada nama manusia yg lama disebut dari dahulu hingga sekarang melainkan dia, apa yg dicakap & dibuat akan ditulis,dihafal & dipratikkan oleh setiap umatnya , dialah Muhammad SAW ,hadiah dari Allah kpd umat manusia. Jika tiada insan bernama Muhammad ini, tiadalah nikmat islam yg sampai kepada umat manusia dari Allah.

Semoga kita berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W dalam segala aspek dalam kehidupan. :)

Friday, February 3, 2012

B & W

Assalamualaikum... dalam menghabiskan sisa-sisa cuti dirumah ini, mengedit gambar menjadi pilihan untuk mengisi masa yg terluang yg mngkin membuat kita terleka panjang. Black & white menjadi pilihan dalam gambar kali ini kerana mndapat feeling yg mendalam dlm gambar tersebut, sambil kata yg bermain didalm fikiran diterjemah di dalam gambar dan memberi kesan kpd sesiapa yg menhayatinya dan memandangnya,Insyallah.














Sunday, January 29, 2012

Cuti yg manfaat. :D

Assalamualaikum , sekarang sudah cuti sem 1 . Mungkin banyak aktivit yg bermain di fikiran ini, tetapi berharap dapat mengunakan cuti ini dengan penuh manfaat terutama untuk bekalan dalam diri ini bagi menempuhi liku-liku hidup yg penuh duri ini.Segala kerja yg ada harap dapat dilaksanakan dalam cuti ini disamping dapat menghadiri kuliah ilmu disekitar perlis ini.Selain itu , bermain bola dan futsal antara aktiviti sampingan yg diisi pd cuti ini.

Mungkin sering berfikir tentang pemikiran manusia yg merasa agama ini asing dari kehidupan di dunia ini, kerana ada sahabat yg panggil ustaz kepada diri ini dan bertanya adakah belajar dalam pengajian agama, sedangkan kita belajar dalam bidang engineering :).Hal ini mungkin mereka anggap agama ini tidak masuk atau ngam dengan dunia yg serba maju ini.Jika minat photography gunakn untuk berdakwah , jika minat bermuzik boleh digunakan untuk memuji yg Maha Esa , jika minat bersukan boleh digunakan untuk menyihatkan tubuh badan untuk beribdat kepadaNya , jika minat bermain game boleh digunakan untuk release tension setelah penat berkerja ,jika minat bermain moto boleh digunakn untuk konvoi ke majlis ilmu . Sungguh rugilah kalau setiap perkara yg kita lakukan tidak niat kepadaNya sebagai ibadah dan ia akan menjadi sia-sia.

Semoga setiap perkara yg kita lakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain dan mencari bekalan secukupnya untuk kejayaan di sana . Marilah menjadi Muslim yg sebenarnya muslim yg bukan hanya ada pada nama tapi tidak pada perbuatanya.

Friday, January 13, 2012

hanya Allah dan Rasul mengetahui.

Assalamualaikum , Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara yg segar ini didunia yg sementara ini, pd pagi ini hendak berkongsi pengajaran hadis ke-2 daripada 40 hadis Imam Nawawi yg disampaikn oleh Ustaz Syukri pd kuliah subuh pagi td.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).



Pengajaran hadis:
- Tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.
- lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
- llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.
- Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.(INI PENTING)


Semoga kita menjadi sebenar-benar hamba kepadaNya , setakat ini saja , nk mula study untuk exam ;).Assalamualaikum

Thursday, January 12, 2012

Football Crazy ?

Assalamualaikum ,bola? sudah minat dari kecil 3 dan 4 tahun sudah sepak bola , sekolah rendah antara budak gemuk yg main bola , tp sekolah menengah baru dapat wakil sekolah , antara kejayaan dapat no.2 dalam Kejohanan bwh 16 thn. Tapi itu semua kenangan,sebenarnya tak kisah kita main apapun asalkan dapat menyihatkan badan , keranan badan yg sihat inilah digunakan untuk menjadi hambaNya yg sentiasa beribadat kepadaNya. Tanpa nikmat sihat sudah tentu pelbagai masalah akan dihadapi.

Tapi kita sebagai manusia sering kali terlupa sebab apa kita dijadikan, adakah hanya untuk main bola ? belajar ? sahaja.Sebenarnya ada tugas yg lebih besar dari itu yg kita sering lupa iaitu menjadi hamba Allah yg melakukan kebaikan di dunia ini melalui perkara yg kita lakukan dalam kehidupan seharian dan meningalkan apa yg dilarang oleh Allah untuk bekalan akhirat kelak disana yg selama-lamanya. Semoga kita menjadi hambaNya yg bukan sahaja pandai bermain bola sahaja tp bertakwa kpdNya kerana dengan ini kita seimbang dunia dan akhirat. :)


Antara kejayaan dianugerahkan oleh Allah , no.1 USM engineering KASUS 11 (Mekanik)

Tuesday, January 10, 2012

Oh Nafsu!

Assalamualaikum , sebelum study paper EUP esok hari aku terpanggil untuk bercakap mengenai nafsu pd malam ini , melihat apa yg telah berlaku dalam diri ini sebagai hamba yg lemah kepada Allah dengan apa yg telah dibuat hari ini dan hari terdahulu yg sudah lama ditinggal. Aku melihat jika nafsu mengusai diri dengan bisikan dari syaitan boleh membuat manusia ini lupa dan jauh dari kpd Allah. Nau'zubillah.

Nafsu-nafsu nyah kau dalam diri ini!

Tapi perkara ini akan berulang dan berulang , mmg orang akan bercakap biasalah manusia akan melakukan kesalahan , tp persoalanya adakah kita sedar atau tidak sewaktu melakukan kesalahan itu? mngkin ini bermain dalam fikiran ini. ?(Oo)?

Tapi sebagai hambaNya aku yakin bahawa ini adalah ujin dari yg Maha Esa keatas hambaNya , adakah kita mampu mengantasinya sedangkan kita apabila bercakap sungguh hebat tp dari perlaksanaan cukup hampeh.Sama-sama kita berusaha mengurangkan perkara yg tidak bermanfaat semoga hidup kita ini lebih baik dari semalam(macam lagu menuju wawasan pulok :D) , semoga setiap perkara yg kita lakukan ini adalah kerana Allah ,kerana itu tidak akn jadi sia-sia apabila kita mengingatiNya.

Rasa panjang pulak menulis, adakah ini nafsu ?, nk start study pulak , doakan semoga aku berjaya (cakap sorang2) ;)

Sunday, January 8, 2012

Untuk Diri


ORANG YANG BIJAK HANYALAH ORANG YANG MELIHAT KEKURANGAN DIRI DAN DIA MENYEDIAKAN AMALAN-AMALAN UNTUK MENOLONG DIA SELEPAS DIA MATI.



Friday, January 6, 2012

Niat itu pokok ibadah.

Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana dpt subuh berjemaah di Pusat Islam pd penghulu segala hari iaitu pg jumaat.Saya ingin berkongsi sedikit ilmu daripada kuliah subuh yg disampaikan oleh Ustaz Syukri Osman, penolong pengarah Pusat Islam mengenai salah satu hadis 40 Imam Nawawi iaitu mengenai dengan niat.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu
.

Sebagai manusia kita mesti mempunyai niat yg berbeza setiap hari.Jika niat kita baik maka baiklah keseluruhan hari kita. Dalam musim peperiksaan ini, kita perlu meletakkan niat untuk menjadi muslim yg berjaya dan cemerlang sama ada dlm akedemik ataupun dlm bidang yg lain.

Antara kupasan yg menarik dr Ustaz Syukri adalah hati kita ini umpama raja dan anggota yg lain sebagai perlaksana , jika niat hati kita baik insyallah segala matlamat itu akan dikecapi dngn mudah.Selain itu , fokus juga pnting dlm memperoleh kejayaan, antara yg disyorkan oleh Ustaz Syukri , dalam handphone atau di bilik kita perlu meletakan fokus kita sama ada dlm bentuk gambar atau perkataan (cnth: gambar masjid di mekah), Insyallah fokus kita tidak akan tersasar dan akan tercapai dengan mudah.



Semoga setiap perbuatan kita dari bangun tidur hingga tidur adalah niat kerana Allah , dlm menghadapai peperiksaaan ini yg lebih utama ialah meletakkan pengharapan yg tinggi kpd Allah dan disusuli dngn usaha yg gigih kerana jika usaha yg gigih itu mengatasi pengharapan kpd Allah ,kita takut dalam usaha kita itu tidak ada keberkatan dari Allah.

Assalamualaikum.

Thursday, January 5, 2012

aku dan Dia




Dalam kehidupan ini, aku masih belajar & mencari erti hidup yang sebenar. Banyak perkara yg aku pelajari dan akhirnya aku mengerti bahawa kerana Dia aku berada di dunia yg fana ini.

Aku berharap aku dapat melakukan sesuatu yg baik untuk Dia dan makhluk dia selagi masih diberi untuk bernafas.Segala nikmat yg Dia bagi untuku di dunia ini tidak ternilai jika hendak dibanding dengan perkara yg telah aku lakukan di sini.

Untuk menjadi insan yg mengharap rahmat dan kasih sayang Dia , aku perlu melaksanakan apa yang disuruh oleh Dia & meninggalkan perkara yg dilarang oleh Dia kerana akulah hamba Dia yg lemah di dunia ini.

Semoga aku menjadi muslim yg berjaya di dunia & di akhirat.